Kami bukan syarikat insurans.
Kami di pihak majikan.
InsuransPekerja.com adalah platform perundingan insurans berkumpulan untuk majikan di Malaysia. Kerja kami mudah β bantu anda faham apa yang anda perlukan, cari pelan yang sesuai, dan uruskan semua prosesnya dari mula sampai selesai.
Kenapa InsuransPekerja.com wujud?
Ramai majikan Malaysia β terutamanya PKS β tahu mereka perlu insurans untuk pekerja, tapi tak tahu nak mula dari mana. Jenis apa yang sesuai? Berapa yang patut bayar? Bagaimana kalau ada claim nanti?
Kami wujud sebab proses tu patut lebih mudah dari itu. Majikan yang sibab urus perniagaan tak sepatutnya perlu habiskan masa berjam-jam faham dokumen polisi, bandingkan quotation dari pelbagai sumber, atau terima panggilan jualan yang tak habis-habis.
Kami konsolidasikan semua tu β satu platform, satu titik hubungan, akses ke pelbagai insurer berlesen. Anda fokus urus perniagaan, kami uruskan bahagian insurans tu.
Majikan Malaysia selalu terima quotation tinggi dari satu sumber sahaja, ambil polisi yang tak sesuai, atau langsung tak ada perlindungan sebab proses terlalu complicated. Bukan sebab mereka tak kisah β tapi sebab tiada siapa yang tolong simplify.
Kami akses pelbagai insurer berlesen sekaligus, bandingkan untuk anda, dan terangkan perbezaannya dalam bahasa yang boleh difahami β bukan bahasa polisi. Quotation terbaik sampai kepada anda, bukan yang paling mahal komisyen.
Kerja kami tidak habis masa polisi ditandatangani. Kami ada masa renewal, masa claim, masa anda nak tambah pekerja baru, atau masa anda nak tukar pelan. Satu nombor, satu team β kekal sama setiap tahun.
Tiga perkara yang kami pegang
dalam setiap kerja yang kami buat.
Telus sepenuhnya
Kami terangkan apa yang cover, apa yang tak cover, dan kenapa kami cadangkan satu pelan berbanding yang lain. Tiada "trust me" tanpa penjelasan. Tiada caj tersembunyi. Anda tahu tepat apa yang anda bayar dan apa yang anda dapat.
Jimat masa anda
Quotation dalam 1 hari bekerja. Polisi aktif dalam masa 2β3 hari selepas bayaran. Kami uruskan semua komunikasi dengan insurer β anda hanya perlu buat keputusan. Tanpa perlu ulang-alik pejabat atau tunggu berminggu-minggu.
Kepentingan anda dahulu
Sebagai perunding bebas, kami tidak terikat kepada mana-mana insurer tunggal. Kami cadangkan pelan yang paling sesuai untuk keperluan dan bajet anda β bukan yang paling tinggi komisyen. Kalau tiada pelan yang sesuai, kami akan beritahu anda dengan jujur.
Kami bukan ejen yang datang tekan anda β
kami perunding yang kerja untuk anda.
Ada beza besar antara ejen insurans dan perunding bebas. Ini cara kami beroperasi berbeza dari model biasa yang anda mungkin pernah alami.
- Ejen dari satu syarikat insurans sahaja
- Quotation dari satu sumber β tiada pilihan lain
- Komisyen menentukan apa yang dicadangkan
- Hubungi bila nak jual, hilang masa claim
- Dokumen tebal, istilah yang mengelirukan
- Kena tunggu berminggu untuk response
- Akses ke 8+ insurer berlesen serentak
- Bandingkan pelbagai quotation untuk anda
- Cadangan berdasarkan keperluan anda, bukan komisyen
- Satu point of contact dari mula hingga claim
- Explain dalam bahasa biasa, bukan jargon polisi
- Quotation dalam 1 hari bekerja
Semua polisi diunderait oleh insurer
berlesen dan dikawal selia BNM.
Kami tidak menjual polisi sendiri. Setiap polisi yang kami susun dikeluarkan oleh syarikat insurans atau takaful yang berlesen di bawah Bank Negara Malaysia β bermakna perlindungan anda sah dan terjamin.
Senarai rakan panel kami terus berkembang. Lebih banyak pilihan bermakna lebih banyak peluang untuk anda dapat pelan yang sesuai pada harga yang kompetitif.
Perkara yang anda boleh
harap daripada kami, setiap masa.
Quotation dalam 1 hari bekerja
Kongsikan keperluan anda dengan kami, kami akan kembalikan dengan quotation yang lengkap dan boleh dibandingkan β dalam masa 1 hari bekerja. Tiada alasan, tiada kelewatan yang tidak perlu.
Data syarikat anda selamat
Semua maklumat yang anda kongsi dengan kami dikendalikan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010. Kami tidak jual, tidak kongsi, dan tidak gunakan data anda untuk tujuan selain urusan insurans anda.
Ada masa anda perlukan
Masa claim, masa renewal, masa ada perubahan pekerja β kami ada. Bukan sahaja masa nak jual polisi baru. Anda akan ada nombor direct yang boleh dihubungi bila-bila masa dalam waktu pejabat.
Explain sampai anda faham
Kalau anda masih keliru selepas penjelasan pertama, kami explain lagi dengan cara lain. Keputusan terbaik hanya boleh dibuat kalau anda faham apa yang anda ambil. Itu tanggungjawab kami, bukan anda.
Nak tahu pelan apa yang sesuai
untuk syarikat dan pekerja anda?
Tak perlu committed apa-apa lagi. Cuma beritahu kami sikit pasal syarikat anda β bilangan pekerja, jenis industri, dan apa yang paling anda risaukan. Kami akan cadangkan dan terangkan pilihan yang ada.