Kilang, jentera dan pekerja asing
semua ni perlukan cover yang betul.
Risiko kilang tak sama macam pejabat biasa. Ada mesin, kerja shift, pekerja asing dan risiko accident yang lebih tinggi. Sebab tu cover kena ikut real situation kilang, bukan ambil polisi standard saja.
Risiko kilang lain macam, jadi insurans pun kena ikut realiti tu.
Polisi yang sesuai utk pejabat belum tentu cukup utk production floor. Ini benda yang kilang memang hadap hari hari.
Bila staff kerja dengan mesin berat, bahan kimia atau suhu tinggi, risiko memang lebih tinggi. Satu accident boleh jadi serius, sampai hilang upaya atau kematian. Kos utk majikan pun boleh jadi sangat besar kalau cover tak cukup.
Pekerja asing berpermit tak dilindungi SOCSO macam pekerja tempatan. Kalau berlaku kecederaan atau kematian di tempat kerja, majikan yang kena tanggung. Sebab tu WCA yang betul memang penting utk kilang.
Staff kilang biasa kerja shift malam, weekend dan public holiday. Accident boleh berlaku masa datang kerja, balik kerja atau luar waktu biasa. Untuk cover yang lebih luas, GPA memang patut ada bersama WCA.
Cover yang biasanya paling sesuai untuk kilang.
Untuk manufacturing, basic cover saja selalunya tak cukup. Ini combo yang kami selalu suggest ikut risiko sebenar kilang di Malaysia.
WCA penting utk pekerja asing berpermit. Ia bantu protect majikan kalau berlaku accident, sakit berkaitan kerja atau kematian dalam tempoh kerja.
Ketahui lebih lanjut โ Cover 24 jam penuhWCA fokus pada accident semasa kerja. GPA pula cover 24 jam, termasuk masa pergi kerja, balik kerja, di rumah dan weekend. Sesuai utk semua staff, termasuk pekerja tempatan.
Ketahui lebih lanjut โ Asas kesihatan pekerjaGHS cover kos hospital dan pembedahan. Kalau staff sakit atau cedera sampai kena masuk wad, cover ni bantu kurangkan beban bil hospital utk staff dan majikan.
Ketahui lebih lanjut โDari risiko kilang yang pening sampai polisi yang clear dan aktif.
Kami faham manufacturing ada keperluan sendiri. Jadi kami simplify proses utk HR dan pengurus kilang.
Kami tanya jenis operasi, jumlah staff, berapa tempatan dan asing, serta sistem shift. Dari situ baru nampak cover apa yang cukup dan apa yang masih missing.
WCA utk pekerja asing, GPA utk semua staff, GHS utk hospital. Kami susun package supaya cover cukup, tapi tak bayar utk benda yang tak perlu.
Kilang selalu ada staff keluar masuk dan permit asing yang perlu renew. Kami bantu remind dan update polisi supaya tak ada gap dalam cover.
Soalan yang kilang selalu tanya.
Berbeza. WCA cover accident dan sakit kerja yang berlaku semasa bekerja sahaja. Ia lebih kepada protect majikan dari tanggungan undang undang. GPA pula cover pekerja 24 jam sehari, termasuk masa perjalanan, di rumah dan weekend.
Untuk kilang yang ada pekerja asing, WCA memang wajib. Tapi GPA still bagus ditambah utk semua staff sebab cover dia lebih luas.
Ya, perlu. WCA biasanya ikut tempoh kontrak atau permit kerja. Bila permit renew, polisi pun kena update supaya cover tak terputus. Ini tanggungjawab majikan, insurer tak semestinya remind secara automatik.
Kami boleh bantu set reminder renewal supaya benda ni tak terlepas, especially kalau kilang ada ramai pekerja asing.
Bergantung pada kontrak. Kalau pekerja kontrak tu diambil direct oleh kilang, biasanya boleh masuk dalam polisi berkumpulan. Tapi kalau subkontraktor yang kerja di premis anda, mereka biasanya patut ada cover dari company mereka sendiri.
Better semak agreement supaya jelas siapa yang kena sediakan cover. Kalau nak, kami boleh bantu tengok bahagian ni.
Ya. WCA dan GPA boleh cover accident semasa waktu kerja, termasuk shift malam dan OT. Yang penting, staff memang sedang bertugas secara rasmi masa accident berlaku.
Untuk GPA 24 jam, accident masa pergi atau balik dari shift malam pun boleh dilindungi. Ini antara sebab GPA sangat useful utk kilang.
Biasanya memang lebih tinggi dari pejabat sebab risiko kilang lebih besar. Untuk GPA, beza premium boleh jadi 30% hingga 100% lebih mahal, bergantung jenis kerja. Kilang elektronik dan kilang kimia contohnya tak sama risiko.
Tapi itu normal. Kami akan suggest combo yang value dia masuk akal utk jenis operasi anda, bukan sekadar ambil polisi paling murah yang mungkin banyak exclusion.
Risiko kilang besar
jangan rely pada cover yang salah.
Ceritakan sikit pasal kilang anda. Jumlah staff, berapa pekerja asing dan tempatan, jenis operasi. Kami bantu carikan quotation yang ngam dengan risiko sebenar.