Operasi non stop dan staff selalu bertukar
cover pun kena senang ikut.
Runcit dan F&B memang laju. Staff masuk keluar, ada pekerja asing, shift panjang, risiko dapur macam terbakar atau terpotong. Jadi polisi kena mudah update dan practical utk operasi harian.
Runcit dan F&B ada cabaran yang memang lain sikit.
Operasi laju, staff datang pergi, risiko cedera pun lebih tinggi. Cover yang sesuai kena mudah urus dan kena dengan realiti harian.
Dalam runcit dan F&B, staff part time, temporary atau berhenti selepas beberapa bulan tu normal. Sebab tu senarai polisi kena update selalu. Kalau tak, boleh jadi ada staff yang tak covered masa accident berlaku.
Ramai kedai dan restoran bergantung pada pekerja asing. Mereka tak dilindungi SOCSO macam pekerja tempatan, jadi majikan kena ada WCA utk comply dan elak tanggungan pampasan yang besar.
Dapur ada risiko sendiri. Terpotong, terbakar, tergelincir, angkat barang berat. Jadi jangan ambil polisi pejabat biasa tanpa semak exclusion, nanti masa claim baru nampak masalah.
Cover yang biasanya ngam untuk kedai dan F&B.
Fokus dia simple. Cover kena practical, mudah update dan betul betul cover risiko staff di kedai dan dapur.
Kalau ada pekerja asing, WCA memang penting. Ia protect majikan kalau pekerja asing cedera, sakit sebab kerja atau meninggal dunia semasa bekerja.
Ketahui lebih lanjut โ Perlindungan harian untuk semua pekerjaGPA cover accident 24 jam, termasuk risiko dapur macam terpotong dan terbakar. Kos boleh mula sekitar RM 3 hingga RM 10 seorang sebulan, dan sesuai utk semua staff termasuk tempatan.
Ketahui lebih lanjut โ Asas kesihatan yang pentingBila staff perlu masuk hospital, GHS bantu cover bil. Untuk staff bergaji rendah, benefit ni memang terasa sebab hospital bill boleh jadi beban besar.
Ketahui lebih lanjut โDari operasi sibuk sampai polisi yang senang jalan.
Kami tahu anda sibuk jaga outlet, staff dan customer. Jadi proses insurans ni kami buat simple.
Kami pilih polisi yang senang tambah atau buang nama staff bila ada pertukaran. Tak perlu proses yang berbelit dan makan masa.
Kalau ada beberapa outlet, kami bantu susun cover bawah satu polisi berkumpulan. Lebih mudah urus dan biasanya lebih jimat dari beli polisi berasingan utk setiap outlet.
Bila staff cedera dan nak claim, kami guide dokumen apa perlu, flow macam mana dan apa yang boleh expect. Anda tak perlu figure out sendiri masa tengah stress.
Soalan yang pemilik kedai dan restoran selalu tanya.
Ya, boleh. Polisi berkumpulan boleh cover staff dari semua cawangan selagi bawah entiti syarikat yang sama atau hubungan syarikat jelas.
Ini lebih senang urus dan biasanya lebih jimat berbanding beli polisi berasingan utk setiap outlet. Kami boleh guide cara susun polisi ikut situasi anda.
Bergantung pada terma polisi. Ada insurer boleh terima part time kalau mereka kerja minimum jam tertentu, biasanya 20 jam seminggu. Ada juga yang tak terima.
Yang penting, jangan assume semua staff auto covered. Kami akan clarify siapa layak dan siapa tak, supaya status cover jelas dari awal.
Ya, ini biasanya boleh claim bawah GPA dan WCA. Accident masa bertugas macam terpotong pisau, terbakar atau tergelincir di dapur memang risiko kerja F&B.
Yang penting, polisi tak ada exclusion yang buang risiko F&B. Ini antara benda yang kami semak sebelum suggest insurer.
Ini memang cabaran besar utk F&B dan runcit. Cara paling practical ialah pilih insurer yang proses update dia mudah, contohnya boleh submit melalui email atau online.
Lepas tu set routine update, contohnya awal bulan hantar senarai staff terkini. Staff baru pun sebaiknya dimasukkan awal supaya tak ada gap dalam cover.
Sebagai guide kasar utk 15 staff dengan 7 hingga 8 pekerja asing dalam operasi F&B:
- WCA untuk pekerja asing: Anggaran RM 500 hingga RM 900 setahun untuk 7 hingga 8 pekerja, ikut gaji dan jenis kerja
- GPA untuk semua 15 pekerja: Anggaran RM 800 hingga RM 1,500 setahun
- GHS untuk semua pekerja: Anggaran RM 2,000 hingga RM 4,000 setahun
Jumlah kasar sekitar RM 3,300 hingga RM 6,400 setahun, atau RM 275 hingga RM 535 sebulan utk 15 staff. Harga sebenar ikut umur, gaji, jenis kerja dan insurer. Kami boleh siapkan quotation sebenar dalam 1 hari bekerja.
Operasi non stop perlukan cover
yang senang ikut rentak harian.
Ceritakan sikit pasal kedai atau restoran anda. Jumlah staff, outlet dan berapa pekerja asing. Kami bantu susun package yang sesuai dalam 1 hari bekerja.